A. Baca petikan di bawah dengan intonasi yang betul.
Rumah Farah
|
Ini rumah Farah. Rumah Farah bersih dan
cantik. Hari-hari emak Farah sapu dan kemas rumah itu.
Pada hari cuti, Farah tolong emak basuh bilik air. Kakak kemas bilik
tidur. Abang susun majalah di
ruang tamu. Adik bantu cuci
longkang. Bapa tebas rumput. Emak
pula sapu sampah dan siram pokok
bunga.
Di rumah Farah tidak ada semut, lalat dan
tikus. Semut, lalat dan tikus bawa penyakit. Keluarga Farah sihat. Jiran dan kawan suka datang ke rumah Farah.
|
Aktiviti 2
Suaikan perkataan
sinonim di bawah ini.
Basuh
|
Tolong
|
Tebas
|
Sahabat
|
Susun
|
Potong
|
Bantu
|
Cuci
|
Kawan
|
Atur
|
Siram
|
Jirus
|
5 comments:
Tahniah cikgu! Satu permulaan yang baik. Moga ilmu yang ada dapat dikongsi dan dimanfaatkan bersama. Moga terus sukses. 'Sharing is caring.'Terima kasih.
Terima kasih.Semoga ilmu yang kita perolehi akan terus diberkati
Thanks for sharing!
Bagus,teruskan usaha cikgu!
Blog yang menarik.
Post a Comment