CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Search This Blog

Sunday 18 November 2012


Karangan Yang Baik
SEBUAH karangan yang baik tidak semestinya mempunyai isi atau fakta yang banyak di dalamnya. Walaupun tidak dinafikan fakta itu penting dalam usaha menghasilkan karangan, tetapi seandainya karangan itu tidak mempunyai penanda kata wacana yang berkesan, maka sudah tentu sebuah karangan yang baik tidak akan terhasil.

Penanda kata perlu diberikan perhatian dalam semua bahagian karangan daripada bahagian pendahuluan, isi, huraian isi, contoh dalam huraian hinggalah kepada bahagian penutup. Di bawah ini diperturunkan contoh-contoh yang dianggap sesuai. 


Nedstat Basic - Free web site statistics 


Penanda Kata Wacana yang sesuai untuk Bahagian Pendahuluan
1. Sejak akhir-akhir ini masalah keruntuhan moral di kalangan remaja menjadi isu yang hangat diperkatakan.

2. Dalam alaf moden ini penggunaan komputer menjadi satu keperluan dalam kehidupan manusia.

3. Sebelum saya membicarakan tajuk ini dengan lebih lanjut, eloklah saya menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan iklan.

4. Semasa cuti sekolah yang lalu, aku telah dijemput oleh bapa saudaraku untuk bercuti di rumahnya.

5. Memang tidak dapat dinafikan kegawatan ekonomi yang melanda sekarang ini menghimpit kehidupan rakyat, terutamanya golongan bawahan.

6. Isu pendatang asing sudah menjadi suatu isu yang serius yang perlu ditangani segera.

Penggunaan frasa kata dalam contoh ayat di atas membentuk pola ayat yang sesuai dalam usaha memulakan sesebuah karangan.

Bahagian Isi
1. Pelbagai punca yang dikenal pasti mengakibatkan berlakunya masalah ini. Antaranya termasuklah ...

2. Faktor ibu bapa menjadi punca utama menyebabkan berlakunya kemerosotan disiplin di kalangan remaja masa kini.

3. Selain itu, faktor ...

4. Di samping itu, sikap remaja juga ...

5. Terdapat berbagai-bagai langkah yang dapat dijalankan untuk mengatasi masalah ini, seperti ...

6. Salah satu langkah yang paling berkesan bagi mengatasi masalah ini adalah dengan

penguatkuasaan undang-undang. Undang-undang yang tegas hendaklah dilaksanakan ...

7. Selain itu kerajaan juga ...

8. Langkah lain yang boleh diambil termasuklah ...

9. Peranan ibu bapa juga penting dalam usaha mengatasi masalah ini. Ibu bapa boleh memainkan peranannya dengan ...

10. Semua pihak hendaklah bertanggungjawab dan bekerjasama bagi mengatasi masalah ini.

Dalam bahagian ini pula penggunaan frasa kata seperti “Pelbagai punca ....”, “Selain itu ...”, dan lain-lain telah mewujudkan suatu variasi atau keragaman daripada segi perbendaharaan kata yang sangat diperlukan dalam penulisan sesebuah karangan.

Bahagian Huraian Isi
1. Hal ini berlaku kerana tiadanya pengawasan ibu bapa di rumah sehingga menyebabkan anak-anak terlepas bebas melakukan apa-apa sahaja disukainya.

2. Adakah kita ingin melihat anak bangsa hanyut dalam dunianya, sedangkan merekalah nantinya bakal mengambil alih teraju pimpinan negara.

3. Walaupun begitu, masih ramai yang tidak menginsafi masalah yang berlaku.

4. Dengan kata lain, kita tidak seharusnya berpeluk tubuh dengan hanya membiarkan gejala yang merosakkan ini tersebar luas.

5. Seharusnya kita sebagai anggota masyarakat peka dengan keadaan persekitaran.

6. Sungguhpun kerajaan telah menjalankan pelbagai langkah tetapi langkah tersebut tidak akan berkesan seandainya tidak mendapat kerjasama semua pihak.

7. Oleh itu, kita sebagai warganegara tentunya tidak mahu melihat negara ini hancur akibat campur tangan pihak luar.

8. Bak kata pepatah, “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.
Dalam huraian isi, penanda wacana dan pola ayat perlu diberikan perhatian juga. Penggunaan kata yang sesuai penting supaya huraian pada isi pokok itu tidak kelihatan terpisah antara satu sama lain.

Contoh dalam Huraian
1. Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh ... kes penderaan kanak-kanak meningkat ke angka ... pada tahun 2004.

2. Masyarakat boleh membantu dalam usaha mengatasi kegawatan ini. Misalnya, dengan cara mengurangkan perbelanjaan harian ...

3. Penderaan kanak-kanak semakin serius. Kes terbaru ialah ...

4. Sebagai contoh ...

Dalam usaha mengemukakan contoh dalam huraian, penggunaan frasa kata yang sesuai diperlukan juga dan hendaklah mengikut kesesuaian konteks ayat.

Contoh Penutup
1. Tegasnya, banyak faktor yang menyumbang kepada berlakunya gejala sosial. Oleh itu ...

2. Kesimpulannya, pendisiplinan diri adalah menjadi kunci kepada kejayaan seseorang individu kerana ...

3. Akhir kata, sambutlah salam anakanda dari kejauhan dan semoga ...

4. Sebelum mengundur diri terimalah serangkap pantun daripada kami ...

5. Saya sudahi ucapan ini dengan ...


Jelaslah, aspek penanda kata wacana akan mempengaruhi pengolahan, struktur ayat, pemerengganan, kosa kata, dan bahasa secara keseluruhannya yang sangat diperlukan dalam usaha menghasilkan sebuah karangan yang baik. Contoh-contoh yang dipaparkan di atas diharapkan dapat dijadikan garis panduan kepada pelajar dalam usaha menghasilkan sebuah karangan yang berkualiti.

sumber  : http://gravesdigger.blogdrive.com/archive/279.html

3 comments:

Unknown

Syabas blog anda menarik tetapi latar belakangnya agak gelap.Saya rasa lebih sesuai jika digunakan warna yang lebih cerah

Unknown

Terima kasih atas cadangan anda.

Unknown

Info yang baik. Teruskan usaha

Post a Comment